Ejaan Jawi yang Disempurnakan

Ejaan Jawi yang Disempurnakan (Jawi: ايجاءن جاوي يڠ دسمڤورناکن‎) ialah pembaharuan ejaan bagi tulisan Jawi dalam bahasa Melayu pada tahun 1986 yang menggantikan Sistem Ejaan Jawi Zaba 1939 (berdasarkan Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949).[1] Sistem ejaan ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penerbitan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.[2] Proses penyempurnaan ejaan Jawi ini mengambil kira lima perkara penting iaitu mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar.[3] Sistem ejaan ini kemudian diperhalusi lagi dengan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu.[4]